Saturday, 29 March 2014

Perbezaan penggunaan media sosial antara lelaki dan wanita

Dalam kehidupan di zaman teknologi ini, penggunaan media sosial seperti facebook telah menjadi satu fenomena yang sukar dibendung malahan semakin mendapat perhatian dan menjadi trend kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Namun begitu, tahukah kita bahawa penggunaan media sosial dalam kalangan lelaki dan wanita adalah mempunyai perbezaan? mungkin ada segelintir daripada kita tahu tentang perkara ini dan mungkin ada sebahagian daripada kita tidak mengetahui tentang perkara ini. Menurut beberapa kajian, terdapat beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita dalam menggunakan media sosial ini. Walaupun lelaki dan wanita menggunakan media sosial pada dasarnya untuk sebab yang sama, perbezaan antara bagaimana jantina yang berbeza menggunakan ia agak menarik. Wanita menggunakan kata laluan yang kurang kerap untuk melindungi peranti mereka. Wanita menggunakan media sosial untuk sebab-sebab profesional berbeza juga. Wanita menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan berkongsi maklumat. Dari segi melayari media sosial seperti facbook, Wanita lebih cenderung untuk berkongsi gambar dan jawatan di Facebook daripada lelaki, tetapi dalam twist yang menarik, 8 daripada 10 wanita berasa marah dengan rakan-rakan Facebook. Berbanding lelaki, Lelaki menghabiskan masa kurang di media sosial berbanding wanita. Lelaki lebih bermatlamat dalam menggunakan media sosial mereka. Mereka lebih cenderung menggunakan media ini untuk kerja-kerja yang bermatlamat dan lebih mendatangkan hasil. Dari segi berkomunikasi, Wanita lebih mementingkan perlindungan reputasi dalam talian mereka dan menghadkan maklumat peribadi mereka lebih daripada lelaki. Wanita juga lebih cenderung untuk menghadkan apa yang orang yang tidak dikenali boleh lihat dalam talian berbanding lelaki, Selain itu,Lelaki menghabiskan masa lebih daripada wanita di YouTube. Walaupun lelaki menggunakan media sosial yang lebih untuk membina rangkaian mereka, mereka menggunakan Pinterest kurang. Pinterest memacu trafik rujukan lebih daripada Linkin, Google dan YouTube. Dengan itu, jelaslah penggunaan media sosial dalam kalangan lelaki dan wanita adalah mempunyai perbezaan.

'Berita' di media siber jejas imej kewartawanan


'Berita' di media siber jejas imej kewartawanan


  • MH370
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tindakan orang ramai menyalurkan pelbagai "berita" dalam laman siber sebenarnya menjejaskan imej dunia kewartawanan kerana mereka memberi pendapat berhubung sesuatu isu atau kes tanpa mempedulikan kesahihan dan kredibiliti.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata isi kandungan yang terdapat dalam media siber kebanyakannya dimanipulasi sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
  
"Mereka tidak mempunyai ilmu dan kredibiliti sebagai wartawan tetapi menyalurkan maklumat sesuka hati dan seolah-solah sebagai wartawan dan tindakan mereka telah mencemarkan profesion kewartawanan," kata beliau kepada Bernama di sini.
  
Katanya, wartawan sebenar adalah wartawan yang terlatih dan tidak menulis sesuatu berita yang tidak mempunyai kesahihan atau bukti yang kukuh.
 
"Banyak manipulasi dan boleh dikatakan seperti tukang mereka berita dalam media siber ini. Media siber adalah satu pendapat bukan berita, cerita putar belit, dimanipulasikan seolah-olah macam berita tetapi sebenarnya bukan berita," katanya.
 
Mohamad berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada Sabtu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Beliau sebelum itu menjadi panel dalam program Ruang Bicara dengan topik 'MH370-Fakta dan Spekulasi' kelolaan BernamaTV di sini malam tadi.
  
Katanya orang ramai diminta jangan membuat dan mempercayai spekulasi yang sering dimuat naik dalam laman sosial dan hanya merujuk berita yang ditulis oleh wartawan bertauliah.
  
Ditanya mengenai dakwaan kononnya media tempatan lambat menyalurkan maklumat berhubung insiden itu berbanding media barat, beliau berkata: "Orang yang kata ini pun tidak tahu apa itu media dan dia cuba untuk menjadi wartawan yang tidak bertauliah".
  
Mohamad berkata orang ramai perlu mengetahui bahawa dalam etika kewartawanan ia menuntut wartawan supaya melaporkan sesuatu berita berdasarkan fakta yang tepat daripada sumber berautoriti untuk bercakap mengenai sesuatu isu.
 
"Kerana dalam krisis komunikasi mesti ada SOP (Prosedur Operasi Standard), kerana melibatkan fakta, fakta tak betul boleh disaman, media bukan sahaja untuk hiburan," katanya.

Sunday, 9 March 2014

Komputer-pengantara komunikasi (CMC) ditakrifkan sebagai apa-apa komunikasi yang berlaku melalui penggunaan dua atau lebih peranti elektronik. Walaupun istilah secara tradisinya dirujuk kepada mereka komunikasi yang berlaku melalui format komputer-pengantara (contohnya, mesej segera, e-mel, laman sembang), ia juga telah digunakan untuk lain-lain bentuk interaksi berasaskan teks seperti mesej teks. Penyelidikan CMC memberi tumpuan sebahagian besarnya mengenai kesan-kesan sosial teknologi komunikasi komputer-disokong yang berbeza.
Dengan kehadiran CMC telah banyak memberikan kesan keatas manusia. Ini kerana, dengan penggunaan komputer sebagai pengatara komunikasi telah menyeakan kualiti komunikasi Antara manusia itu semakin teruk. Sebagai contoh dengan menggunakan computer mereka juga boleh mengekspresikan perasaan mereka dengan menggunakan penanda wacana dan juga penggunaan huruf dan juga aplikasi seperti emoticon dan seagainya.
Selain itu dengan CMC juga membuatkan kita menjadi anti sosial. Anti sosial bermaksud kita kurang atau tidak memberi perhatian kepada keadaan sekeliling dalam konteks perhubungan Antara manusia. Dengan kehadiran lebih banyak applikasi sosial seperti facebook, twitter, Instagram, we chat, what apps, kakao talk dan sebgainya bukan sahaja memberikan kemudahan berkomunikasi namun memberikan kesan keatas kehidupan sosial kita yang mana kita lebih selesa umtuk menggunakan teknologi sebagai medium komunikasi dan lupa dengan sosial kehidupan.
Namun dalam keburukkan yang ada dalam CMC masih ada kelebihan yang jelas nyata. Dapat kita lihat dengan perkemangan era teknologi yang pesat telah melahirkan banyak rangkaian komunikasi yang membolehkan kita untuk menngunakannya tanpa sebarang masalah. Selain itu, dengan kehadiran banyak medium ini membolehkan kita untuk berkomunikasi dengan orang yang jauh dengan menggunakan pelbagai jenis medium.
Sebagai kesimpulan, dengan kehadiran banyak laman sosial pada masa ini cukup untuk membuatkan kita lupa bahawa komunikasi Antara manusia itu penting. Walaupun CMC ini juga sebagai salah satu medium komunikasi namun ia tidak dapat menggantikan keunikkan penggunaan komunikasi secara bersemuka (face to face) yang mana kita dapat melihat ekspresi penutur dan juga penggunaan intonasi yang menunjukkan perasaan mereka ketika itu.
            

              

Tuesday, 4 March 2014

Antara Lagu dan Cinta




Kami semua geng Bangau dan Jam ini sangat berminat dengan lagu Fynn Jamal yang terbaru bertajuk Arjuna Beta. 

Setiap hari lagunya keluar radio, balik kelas naik kereta mesti nyanyi sama-sama lagu ni. Walaupun Fynn Jamal tidak sepopular Yuna, tetapi suaranya menyuntun hati siapa yang mendengarnya. 




Masakan tidak, lagu tersebut ditujukan khas buat anaknya yang bernama Arjuna  Fitri. 

Ramai sebenarnya di laman sosial mempersoalkan dari mana datangnya penyanyi bernama Fynn Jamal ini? Sememangnya saya sendiri kurang pasti.

Cuma yang saya tahu, beliau seorang pemuitis dan pencipta lagu 150 Juta nyanyian semula oleh Ainan Tasneem. Hebat jugak kan? 




Inilah Fynn Jamal....

 
Walaupun ramai tidak senang dengan beliau yang tidak tahu mana asal usulnya (orang kita kan suka menghukum dahulu daripada menilai), tetapi bagi saya karya beliau amat dekat dengan situasi semasa dan mampu menyuntun hati. 

                                                          Fynn Jamal beserta suami...


                                                          Inilah dia Arjuna Fitri!!


Lirik lagunya juga sangat puitis. Chorus lagu ni sangat best!!
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Banyak maksud tersirat menerusi lagu ni... 
Jangan lupa layan lagu ni semua!! :D 

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa