Personaliti merupakan artifak sering dinilai
Media
baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital,
komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20.
Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah
digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media
baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.
Kemunculan
media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru
secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir
dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini
mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif.


Sebagai pengguna media
baru, pengguna mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat,
status ataupun maklumat. Memang pepatah melayu ada menyatakan bahawa tak kenal
maka tak cinta ataupun pepatah inggeris pula don’t judge a book by its cover ,
tetapi sebagai manusia yang mempunyai kesedaran moral dan mempunyai nilai-nilai
budaya dan agama, tidak salah sekiranya kita sedikit berhati-hati dalam
mengeluarkan sesuatu. Permainan emosi juga harus dikawal kerana perkara ini
kadangkala akan menjelekkan dan merismaskan follower
anda. Cadangan atau entri kali ini bukan untuk menyekat kebebasan anda
untuk memaparkan sesuatu didalam media social anda tetapi lebih kepada
peringatan agar tidak tersilap langkah yang akan memudaratkan kita dikemudian hari.
Dibawah ini saya sertakan lampiran posting yang menimbulkan kontrovesi dan
menjadi persoalan dari pelbagai pihak tidak kira secara individu atau berkumpulan.
Dapat
kita lihat disini post dengan niat membuka aib dan memalukan individu lain
Teguran
yang lebih bersifat menyindir dan merendahkan boleh dikategorikan sebagai bentuk dakwah yang kurang sesuai perkara
ini boleh menyebab berlakunya fitnah.
Beremosi:
mewujudkan unsur ugutan
Cara
yang boleh dikatakan agak profesional dalam mengandalikan tekanan daripada haters yang sentiasa ada
Bukan
hanya artis sahaja yang perlu bewaspada, tetapi kita semua, ya kita semua
kerana fitnah merupakan senjata yang zalim dalam menghukum orang yang tidak
bersalah. Wujudkan bukti dan pastikan ianya dilitupi dengan kebenaran dan logik
yang sesuai. Sekali kena boleh merana kerana kita boleh mengambil iktibar
daripada kes-kes lepas agar tidak berulang kepada kita. Apabila kita dikutuk
atau di- troll , perkara ini bakal
menjadi bebanan besar kepada momentum emosi kita sehinggakan ada yang sanggup
mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.
waraskan fikiran anda dan cuba meletakkan diri anda sebagai pembaca kepada post yang telah anda keluarkan. Jauhilah daripada sifat hipokrasi dan radikal dan pastikan fikiran lebih kritikal.
ampun dipohon
maaf dipinta
andainya saya
terkasar bahasa