Telefon pintar penganti alatan lain
Sudah menjadi tabiat masa kini terutamanya
golongan anak muda mempunyai satu telefon pintar yang membawa manusia kepada
revolusi yang baru dari segi perubahan masa dan penggunaan alatan dalam satu
gajet. Umum mengetahui penciptaan telefon pintar ini memberi kebaikan dan
keburukan, namun faedah yang banyak juga harus diambil sebagai satu perkara
yang positif. Kali ini saya akam mendedahkan sedikit sebanyak pendedahan alat yang
dijadikan pengganti untuk sebuah telefon pintar yang digunakan sekarang.
Kemunculan telefon pintar ini telah menjadi semakin popular dikalangan anak
muda seiring dengan arus perubahan kearah pembangunan minda. Sudah menjadi
tabiat anak muda sekarang bersandarkan pada alatan ini kerana telefon pintar
boleh memberi maklumat lebih cepat dari media arus perdana.
Perkara pertama telefon
pintar mampu menjadi pengganti kepada jam loceng dan jam tangan. Tidak kira
sesiapa yang tidak suka memakai jam tangan atau terlupa memakai jam tangan
ketika keluar, boleh mengharapkan telefon pintar ini. Selain utu juga telefon
pintar memberi khidmat sebagai penggera jam pada waktu pagi dan bila-bila masa
kita boleh tetapkan. Mengikut kajian,lebih ramai menggunakan telefon pintar
sebagai penggera jam untuk bangun tidur atau sebagai peringatan kepada sesuatu
daripada menggunakan jam loceng dirumah.
Kedua, telefon pintar
juga boleh menggantikan kamera atau perakam video. Semakin tinggi pixel kamera
sebuah telefon itu, semakin mahal harganya. Namun harga yang diletakkan masih
atas kemampuan pengguna untuk membeli. Pengguna tidak perlu lagi membawa kamera
besar atau perakam video besar lagi. Jadi telefon boleh digunakan sebagai
perakam video dengan hanya menambah kad memori dalam telefon.
Selain itu, telefon
pintar yang dicipta ini telah menjadi pengganti juga kepada peminat muzik mudah
alih. Berapa ramai daripada kita masih menggunakan peranti berasingan untuk
muzik? Semakin banyak orang yang menggunakan telefon pintar mereka untuk
mendengar muzik , terutamanya kerana kita boleh pasangkan ‘headphone’ ke
telefon kita. Tinjauan mendapati pengguna menggunakan telefon pintar mereka
sebagai pemain muzik dan bukannya membawa pemain muzik mudah alih secara
berasingan.
Kepada peminat ‘game’,
telefon pintar sekarang memberi apa yang anda mahukan. Boleh di muat turun
melalui aplikasi perisian yang disediakan. Mengikut kajian juga, pengguna
telefon pintar menganggap alat permainan seperti ‘gameboy’ sudah ketinggalan
zaman. Pengguna lebih berminat main permainan dengan hanya menyentuh skrin.
Telefon pintar juga
boleh menjadi pengganti kepada komputer. Dengan menggunakan telefon pintar,
pengguna boleh menghantar emel,membuat carian internet dan sebagainya dan yang
paling penting boleh dibawa ke mana sahaja. Jika dahulu kita hanya mengharapkan
kepad akomputer dirumah untuk menyiapkan kerja dan membuat carian di internet,
tetapi sekarang tidak perlu lagi. Tambahan lagi telefon pintar juga mempunyai
ciri-ciri yang hampir sama dengan tablet. Sesetengah pengguna lebih suka saiz
skrin yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk keperluan mereka.
Telefon pintar kini juga boleh dijadikan sebagai ebook. Pengguna boleh membaca
novel dan buku-buku melalui telefon mereka dengan hanya memuatnaik aplikasi
tersebut. Mudah bukan? Pengguna tidak perlu membawa buku ketika hendak membaca
ketika berada diluar.
Tidak ada keraguan lagi
bahawa telefon pintar telah membuat kehidupan kita lebih mudah dan ketara.
Dengan menjadi pengganti kepada pelbagai alatan lain,telefon pintar menjadi
pilihan masa kini.
telefon pintar banyak menggantikan teknologi yang dahulu. seperti dahulunya kita menggunakan lampu suluh dan bateri cap anjing kepala tiga tapi kini aplikasi lampu suluh telah diadaptasi didalam telefon pintar... kemajuan begitu pesat membangun kita harus bergerak bukan seiring tetapi mendahului teknologi. harap maklum
ReplyDeleteoh yaa..betul tu wakk.,telefon pintar sememangnya banyak memberi perubahan pintar yang membawa manusia kepada revolusi yang baru, namun harus diigat, tiada yang lama, tiada la yang baru.
ReplyDeletetelefon pintar ada banyak manfaatnya. kalau kita fikirkan semua benda sekarang boleh di lakukan oleh telefon pintar dari melayari internet hinggalah ke check in tiket kapal terbang tetapi disebabkan kehebatan telefon pintar telah banyak merosakan pengguna dari perhubungan antara manusia kerana banyak yang menghabiskan masa bersama gadjet berbanding dengan manusia.
ReplyDeletetelefon pintar dicpta untuk memudahkan manusia berhubung dengan rakan2 jauh.bnyak kemudahah yang boleh dilakukan dengan telefon pintar. hanya di hujung jari sesiapa saja can do it. TETAPI kecanggihan telefon pintar boleh menyebabkan di salah guna.contohnya berkongsi gambar lucah, bersembang dengan rakan y tidak dikenali, dan sebagainya yang memberi keburukan pada diri sendri.
ReplyDeleteHebat saudara fikri artikel yang menarik...telefon pintar banyak memberi kebaikan
ReplyDeletehahaha... telefon pintar semestinya satu teknologi baru, dan kita tiadk dapat lari daripada pembaharuan. cuma diharapkan kita gunakanlah ia ke jalan kebaikan, kerana ianya juga boleh membawa keburukan.. chill!!
ReplyDeleteadid and azming,, kite sebagai msrkt yang prihatin dah lama guna telifon pintar ini,,bagi sy sendiri laa,telefon pintar ini memang sgt memberi kebaikan dan memudahkan segala urusan saya,,oleh d=hal demikian sya tdk akn guakan nya ke arah jalan hitam,,hahah,, chill adidd
ReplyDelete