Tuesday, 29 April 2014

Personaliti merupakan artifak sering dinilai


Personaliti merupakan artifak sering dinilai

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.
Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif.







Sebagai pengguna media baru, pengguna mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, status ataupun maklumat. Memang pepatah melayu ada menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta ataupun pepatah inggeris pula  don’t judge a book by its cover , tetapi sebagai manusia yang mempunyai kesedaran moral dan mempunyai nilai-nilai budaya dan agama, tidak salah sekiranya kita sedikit berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu. Permainan emosi juga harus dikawal kerana perkara ini kadangkala akan menjelekkan dan merismaskan follower anda. Cadangan atau entri kali ini bukan untuk menyekat kebebasan anda untuk memaparkan sesuatu didalam media social anda tetapi lebih kepada peringatan agar tidak tersilap langkah yang akan memudaratkan kita dikemudian hari. Dibawah ini saya sertakan lampiran posting yang menimbulkan kontrovesi dan menjadi persoalan dari pelbagai pihak tidak kira secara individu atau berkumpulan.

Dapat kita lihat disini post dengan niat membuka aib dan memalukan individu lain

Teguran yang lebih bersifat menyindir dan merendahkan boleh dikategorikan sebagai      bentuk dakwah yang kurang sesuai perkara ini boleh menyebab berlakunya fitnah.

                  

Beremosi: mewujudkan unsur ugutan

             


Cara yang boleh dikatakan agak profesional dalam mengandalikan tekanan daripada haters yang sentiasa ada


Bukan hanya artis sahaja yang perlu bewaspada, tetapi kita semua, ya kita semua kerana fitnah merupakan senjata yang zalim dalam menghukum orang yang tidak bersalah. Wujudkan bukti dan pastikan ianya dilitupi dengan kebenaran dan logik yang sesuai. Sekali kena boleh merana kerana kita boleh mengambil iktibar daripada kes-kes lepas agar tidak berulang kepada kita. Apabila kita dikutuk atau di- troll , perkara ini bakal menjadi bebanan besar kepada momentum emosi kita sehinggakan ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

waraskan fikiran anda dan cuba meletakkan diri anda sebagai pembaca kepada post yang telah anda keluarkan. Jauhilah daripada sifat hipokrasi dan radikal dan pastikan fikiran lebih kritikal.

ampun dipohon
            maaf dipinta
            andainya saya
            terkasar bahasa


5 comments:

  1. betul saya setuju,, sekarang semakin banyak orang yang sanggup mengeluarkan kenyataan yang agak kesat kepada artis dan juga orang lain. walaupun mereka memfitnah artis itu, artis itu juga yang akan kena balik.bagi saya itu tidak adil kerana orang lain yang buat kita yang kena..oleh itu, kita kena lebih bertoleransi jika tidak suka baik di diamkan daripada kita menulis fitnah kerana hanya mendatangkan dosa.

    ReplyDelete
  2. betul betul.. ada sesetengah pihak menggunakan laman sosial sebagai tempat melepaskan kemarahan, menghina orang, mengaibkan, dan sebagainya. status sperti ini akan mewujudkan kontraversi dan akan menjatuhkan maruah org trsebut.kita sebagai pengguna media harus bertanggungjawab menggunakan media sosial ke arah kebaikan dah jauhi daripada mengaibkan orang lain. terutama rakan-rakan kita sekeliling..selamat beramal.sama-sama kite renungkan.

    ReplyDelete
  3. Kita mesti menjaga tatabahasa sebelum melontarkan sesuatu post dan saya setuju bahawa post yg sangat beremosi adalah menjenggelkan

    ReplyDelete
  4. teringat teori Sigmund Freud pasal ed, ego dan superego... i love psikologi... hahaha :D

    ReplyDelete
  5. media baru sememangnya banyak membawa kepada perubahan,namun media baru hari ini disalah guna untuk oleh pengguna yang tdk bertanggunjwb.hhehe.,sbgai cntoh: penyebaran fitnah kat laman sosial kita tdk tahu mana punca penulis, main hemta jakk..kadang2 media baru dianggap pemusnah personaliti manusia sejagat

    ReplyDelete