Tuesday, 29 April 2014

PERMAINAN ATAS TALIAN





PERMAINAN ATAS TALIAN
Permainan 'online games' merupakan permainan yang amat digemari orang ramai, yang tidak mengenal usia. Hasil kajian kami, permainan atas talian dikatakan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih kreatif. Penggunaan permainan atas talian dan simulasi dalam pembelajaran dirujuk sebagai latihan eksperimental kerana kedua-dua kaedah tersebut memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi dengan domain pengetahuan. Di samping itu, terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa permainan ini berupaya untuk meningkatkan motivasi pengguna.

Permainan atas talian sekali lagi telah menunjukkan hiburan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat keuntungan serta sebagai perniagaan yang mempunyai keuntungan yang terjamin. Hal ini telah menyebabkan banyak firma gergasi yang mencipta permainan atas talian ingin mendominasi pasaran tempatan serta pasaran asing. Industri permainan atas talian juga mula berkembang di negara kita dan permainan ini telah menjadi salah satu pilihan yang baru kepada pengguna zaman sekarang.

Mengikut kajian yang dijalankan, pasaran untuk permainan atas talian telah mencapai sebanyak US$2.9 bilion pada tahun 2005 iaitu telah meningkat secara mendadak dari US$670 juta pada tahun 2002. Pasaran yang begitu berpotensi untuk berkembang telah menjadi salah satu kepada korporat negara untuk ditebusi kerana tidak ingin didominasi oleh korporat asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan sebagainya. Pembukaan pasara baru ini akan menyumbang dan meningkatkan ekonomi negara. Industri atas talian telah berkembang dengan pesatnya setelah teknologi maklumat diperkenalkan dan industri ini telah menjadi salah satu penyumbang eknomi kepada negara.

Secara tradisional nya,, sebab utama untuk menggunakan teknologi maklumat adalah meningkatkan keberkesanan kerja yang dilakukan dan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Tetapi dengan kehadiran internet, kegunaan teknologi maklumat telah diperbanyakkan dan tidak hanya tumpu kepada penggunaan dalam menyelesaikan masalah kerja. Kegunaannya diperluaskan kepada bidag hiburan seperti permainan atas talian yaang dipaparkan dalam Yahoo! directory. Oleh itu, permainan atas talian telah banyak dimainkan oleh para pengguna skarang tidak kira pada usia muda atau tua

6 comments:

  1. tok imam molek molek ada main agry bird-Ustaz Azhar

    ReplyDelete
  2. permainan atas talian sangat menarik kerana kita dapat bermain game sambil berinteraksi secara langsung dengan lawan.

    ReplyDelete
  3. game online semestinya best...apabila bermain game online kita akan dapat mengembangkan lagi idea kreatif yang tersimpan dalam diri kita selama ini..kik kikk..

    ReplyDelete
  4. bermain game secara online tetapi perkara ini harus dipantau agar ia tidak menyebabkan ketagihan sehingga menyebabkan perkara yang memudaratkan.

    ReplyDelete
  5. game memberi kita kepuasan y teramat sangat.tetapi jika tidak di aturkan masa bermaian ia akan memberi kesan yang bruk pada diri kita.seperti malas nk buat kerja sekolah,nak makn pon mls,semua kerja boleh dikatakan semua malas nk buat.kita perlu elakkan perkara sebegini.nk bermain blh.tp main biar berpada-pada

    ReplyDelete
  6. sape kalah main fifa belanja nasi abe!! hahaha... game dapat mengurangkan tekanan... :D

    ReplyDelete