Tuesday, 29 April 2014

Disconnect - filem yang menyedarkan


Satu filem yang sangat menyentuh hati, terutamanya bagi generasi kita sekarang yang hampir tidak mampu hidup tanpa teknologi. Setiap apa yang kita lakukan setiap hari pasti ditemani gajet gajet ataupun segala bentuk teknologi yang hakikatnya mampu memudahkan tugasan harian kita tetapi dalam masa yang sama menghakis nilai kemanusiaan dalam diri pengguna.

Dalam filem hasil nukilan Henry-Alex Rubin ini, pelbagai isu negatif yang muncul dalam penggunaan teknologi dikupas bagi menyedarkan pengguna tahap keseriusan gejala ini. Kisah Ben Boyd, seorang remaja 15 tahun yang pasif disebabkan kurang didikan ayahnya yang sibuk dengan telefon setiap masa. Ben akhirnya menerima padah apabila berlaku konflik dalam penggunaan media sosianyasehinggakan dia memilih untuk membunuh diri. Begitu kronik isu ini tetapi kurang diberi perhatian.
Ben Boyd- salah satu watak dalam Disconnect

Selain daripada itu, turut diketengahkan isu internet dijadikan medium bagi pelacuran maya remaja, menawarkan bayaran lumayan kepada golongan muda yang mudah terpengaruh. Selain itu, internet juga boleh disalahguna sehingga identiti mangsa dicuri mereka yang tidak berhati perut, juga dalam penggunaan media sosial yang kian mendapat perhatian kita.

Oleh itu, filem seperti ini harus lebih banyak promosi dan disantapkan kepada masyarakat untuk diberi penekanan keatas masalah penyalahgunaan media sosial dan internet yang berleluasa. Kita seharusnya tidak ambil mudah perkara ini kerana jika berlaku sedemikian, impak negatif akan melanda masyarakat dan kemanusiaan akan semakin pudar. Fikirkan lah...


6 comments:

  1. banyak pengajaran yang diperoleh setelah menonton cerita ini,yang paling utama ialah sebagai seorang remaja di zaman serba canggih hendaklah berhati-hati dalam menggunakan teknologi terkini agar tidak terjerumus dalam perkara-perkara yang mampu merosakkan diri serta orang lain

    ReplyDelete
  2. pengajaran yang berguna bahawa teknologi sememangnya boleh membinasakan kita.kalau dilihat dari filem ini teknologi yang ada telah disalah guna hingga menyebabkan kejadian buruk yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. harus diingat kepada anda. filem adalah salah satu pengaruh yang besaq tau,.jika dilihat contoh filem "KL Gangster" banyak pengaruhnya sehingga anda sendiri berkomunikasi dengan rakan anda dengan menggunakan "lu,gua" atau sebagainya.. filem pun macam iklan laa,ada pengaruhnya jugak.

    ReplyDelete
  4. filem ini telah memberi pengajaran tentang bahyanya penyalahgunaan media dan teknologi. penyalahgunaan seperti ini bakal membawa kemusnahan pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. cerita ini perlu ditonton oleh semua remaja.kerana cerita ini akan memberi kesedaran kepada remaja kerana gejala sosial ini wujud dalam kalangan remaja.perkembangan teknologi telah disalahgunakan oleh golongan remaja.kita perlu bijak menggunakan teknologi.

    ReplyDelete
  6. oleh itu ingatlah bahawa kita sebagai seorang mahasiswa yang berakal, jauhilah daripada perbuatan melampau seperti filem tersebut. jika kita tersilap langkah post perkara tidak sepatutnya, kita sendiri menanggung malu...

    ReplyDelete