perubahan teknologi mengganti hari
pemancar ditekan menggunakan jemari
segala maklumat mudah didapati
tak usah penat lelah untuk menanti
perubahan dunia anggapan lengkap
bagaimana kita punya sikap
adakah percakapan menjadi lebih cemerkap
usah naif menjadi seperti si siakap
dua tiga pelanduk ditembak
tembak tak kena tak capai kehendak
perubahan hidup tumbuh mendadak
jangan kita pula yang tersentak
perubahan bunga yang sedang mekar
berubah menjadi api yang membakar
kalau tak bijak untuk melakar
jatuh terduduk lalu tersandar
gunalah teknologi sebaik-baiknya kerana ianya untuk memudahkan, jangan kita menyusahkan....pujangga ada menyatakan, amalkan hidup bersedehana jangan kita menempah bencana.....salam hormat
ya kita perlu menyedari dan mengikuti pekembangan teknologi dan bijak menggunakanya
ReplyDeletedulu dan sekarang banyak bezanya... fungsi sama, tetapi kaedah berbeza mengikut peredaran zaman... jangan jadi katak bawah tempurung, xnak belajar daripada teknologi sedia ada...
ReplyDeletedulu dulu laa..barang baik memang laa mahal nakk..terima seadanya dengan perkembangan teknologi pada musim sekarang..
ReplyDelete