Tuesday, 29 April 2014

Jam Pintar Wujud!!!

Apa itu jam pintar? mesti ada yang tak pernah dengar kan? Kebiasaan yang kita dengar kanak-kanak pintar, haiwan pintar dan bermacam-macam jenis pintar lagi.

Sesuai dengan peredaran zaman, kini masa hadapan yang kita angan-angankan sudah semakin menghampiri kita. Tidak lama lagi kita akan dapat melihat situasi dimana budak-budak remaja sibuk membelek jam masing-masing dan jangan pula terkejut melihat ada yang selfie menggunakkan jam pula..

Berikut adalah Vlog yang kami sediakan untuk mengupas secara ringkas apakah benda yang dipanggil jam pintar ni..pintar sangat ke?



Apa itu dulu, Macamana ianya sekarang....

perubahan teknologi mengganti hari
pemancar ditekan menggunakan jemari
segala maklumat mudah didapati
tak usah penat lelah untuk menanti

perubahan dunia anggapan lengkap
bagaimana kita punya sikap
adakah percakapan menjadi lebih cemerkap
usah naif menjadi seperti si siakap

dua tiga pelanduk ditembak
tembak tak kena tak capai kehendak
perubahan hidup tumbuh mendadak
jangan kita pula yang tersentak

perubahan bunga yang sedang mekar
berubah menjadi api yang membakar
kalau tak bijak untuk melakar
jatuh terduduk lalu tersandar

gunalah teknologi sebaik-baiknya kerana ianya untuk memudahkan, jangan kita menyusahkan....pujangga ada menyatakan, amalkan hidup bersedehana jangan kita menempah bencana.....salam hormat


Personaliti merupakan artifak sering dinilai


Personaliti merupakan artifak sering dinilai

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.
Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif.







Sebagai pengguna media baru, pengguna mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, status ataupun maklumat. Memang pepatah melayu ada menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta ataupun pepatah inggeris pula  don’t judge a book by its cover , tetapi sebagai manusia yang mempunyai kesedaran moral dan mempunyai nilai-nilai budaya dan agama, tidak salah sekiranya kita sedikit berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu. Permainan emosi juga harus dikawal kerana perkara ini kadangkala akan menjelekkan dan merismaskan follower anda. Cadangan atau entri kali ini bukan untuk menyekat kebebasan anda untuk memaparkan sesuatu didalam media social anda tetapi lebih kepada peringatan agar tidak tersilap langkah yang akan memudaratkan kita dikemudian hari. Dibawah ini saya sertakan lampiran posting yang menimbulkan kontrovesi dan menjadi persoalan dari pelbagai pihak tidak kira secara individu atau berkumpulan.

Dapat kita lihat disini post dengan niat membuka aib dan memalukan individu lain

Teguran yang lebih bersifat menyindir dan merendahkan boleh dikategorikan sebagai      bentuk dakwah yang kurang sesuai perkara ini boleh menyebab berlakunya fitnah.

                  

Beremosi: mewujudkan unsur ugutan

             


Cara yang boleh dikatakan agak profesional dalam mengandalikan tekanan daripada haters yang sentiasa ada


Bukan hanya artis sahaja yang perlu bewaspada, tetapi kita semua, ya kita semua kerana fitnah merupakan senjata yang zalim dalam menghukum orang yang tidak bersalah. Wujudkan bukti dan pastikan ianya dilitupi dengan kebenaran dan logik yang sesuai. Sekali kena boleh merana kerana kita boleh mengambil iktibar daripada kes-kes lepas agar tidak berulang kepada kita. Apabila kita dikutuk atau di- troll , perkara ini bakal menjadi bebanan besar kepada momentum emosi kita sehinggakan ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

waraskan fikiran anda dan cuba meletakkan diri anda sebagai pembaca kepada post yang telah anda keluarkan. Jauhilah daripada sifat hipokrasi dan radikal dan pastikan fikiran lebih kritikal.

ampun dipohon
            maaf dipinta
            andainya saya
            terkasar bahasa


Telefon pintar penganti alatan lain

Sudah menjadi tabiat masa kini terutamanya golongan anak muda mempunyai satu telefon pintar yang membawa manusia kepada revolusi yang baru dari segi perubahan masa dan penggunaan alatan dalam satu gajet. Umum mengetahui penciptaan telefon pintar ini memberi kebaikan dan keburukan, namun faedah yang banyak juga harus diambil sebagai satu perkara yang positif. Kali ini saya akam mendedahkan sedikit sebanyak pendedahan  alat yang dijadikan pengganti untuk sebuah telefon pintar yang digunakan sekarang. Kemunculan telefon pintar ini telah menjadi semakin popular dikalangan anak muda seiring dengan arus perubahan kearah pembangunan minda. Sudah menjadi tabiat anak muda sekarang bersandarkan pada alatan ini kerana telefon pintar boleh memberi maklumat lebih cepat dari media arus perdana.
Perkara pertama telefon pintar mampu menjadi pengganti kepada jam loceng dan jam tangan. Tidak kira sesiapa yang tidak suka memakai jam tangan atau terlupa memakai jam tangan ketika keluar, boleh mengharapkan telefon pintar ini. Selain utu juga telefon pintar memberi khidmat sebagai penggera jam pada waktu pagi dan bila-bila masa kita boleh tetapkan. Mengikut kajian,lebih ramai menggunakan telefon pintar sebagai penggera jam untuk bangun tidur atau sebagai peringatan kepada sesuatu daripada menggunakan jam loceng dirumah.
Kedua, telefon pintar juga boleh menggantikan kamera atau perakam video. Semakin tinggi pixel kamera sebuah telefon itu, semakin mahal harganya. Namun harga yang diletakkan masih atas kemampuan pengguna untuk membeli. Pengguna tidak perlu lagi membawa kamera besar atau perakam video besar lagi. Jadi telefon boleh digunakan sebagai perakam video dengan hanya menambah kad memori dalam telefon.
Selain itu, telefon pintar yang dicipta ini telah menjadi pengganti juga kepada peminat muzik mudah alih. Berapa ramai daripada kita masih menggunakan peranti berasingan untuk muzik? Semakin banyak orang yang menggunakan telefon pintar mereka untuk mendengar muzik , terutamanya kerana kita boleh pasangkan ‘headphone’ ke telefon kita. Tinjauan mendapati pengguna menggunakan telefon pintar mereka sebagai pemain muzik dan bukannya membawa pemain muzik mudah alih secara berasingan.
Kepada peminat ‘game’, telefon pintar sekarang memberi apa yang anda mahukan. Boleh di muat turun melalui aplikasi perisian yang disediakan. Mengikut kajian juga, pengguna telefon pintar menganggap alat permainan seperti ‘gameboy’ sudah ketinggalan zaman. Pengguna lebih berminat main permainan dengan hanya menyentuh skrin.
Telefon pintar juga boleh menjadi pengganti kepada komputer. Dengan menggunakan telefon pintar, pengguna boleh menghantar emel,membuat carian internet dan sebagainya dan yang paling penting boleh dibawa ke mana sahaja. Jika dahulu kita hanya mengharapkan kepad akomputer dirumah untuk menyiapkan kerja dan membuat carian di internet, tetapi sekarang tidak perlu lagi. Tambahan lagi telefon pintar juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan tablet. Sesetengah pengguna lebih suka saiz skrin yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk keperluan mereka. Telefon pintar kini juga boleh dijadikan sebagai ebook. Pengguna boleh membaca novel dan buku-buku melalui telefon mereka dengan hanya memuatnaik aplikasi tersebut. Mudah bukan? Pengguna tidak perlu membawa buku ketika hendak membaca ketika berada diluar.
Tidak ada keraguan lagi bahawa telefon pintar telah membuat kehidupan kita lebih mudah dan ketara. Dengan menjadi pengganti kepada pelbagai alatan lain,telefon pintar menjadi pilihan masa kini.


6 cara menulis blog yang terbaik 

1. Paparan bersih Laman web yang baik perlu mempunyai paparan dan susunan teratur. Paparan yang terlampau padat dan serabut akan menyukarkan pelawat mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka. 
2. Patistikan blog anda mempunyai capaian yang pantas.eakkan penggunakan flash dan sebarang widget autoplay seperti autoplay lagu ataupun video. 
3. Blog yang baik perlu mempunyai ruang carian bagi memudahkan pelawat mencari sesuatu daripada web anda. 
4. Gaya bahasa juga penting untuk menarik minat pelawat membaca blog anda.pastikan menggunakan bahasa yang baik dan tiada ejaan yang salah
5. Cipta logo yang menarik bagi blog anda untuk menunjukkan identiti anda. 
6. Pastikan laman blog anda mempunyai navigasi dan butan bagi membolehkan pelawat melihat apa yang ada dalam blog anda.

PERMAINAN ATAS TALIAN





PERMAINAN ATAS TALIAN
Permainan 'online games' merupakan permainan yang amat digemari orang ramai, yang tidak mengenal usia. Hasil kajian kami, permainan atas talian dikatakan dapat menjana pemikiran mereka dengan lebih kreatif. Penggunaan permainan atas talian dan simulasi dalam pembelajaran dirujuk sebagai latihan eksperimental kerana kedua-dua kaedah tersebut memberi peluang kepada para pengguna untuk berinteraksi dengan domain pengetahuan. Di samping itu, terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa permainan ini berupaya untuk meningkatkan motivasi pengguna.

Permainan atas talian sekali lagi telah menunjukkan hiburan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat keuntungan serta sebagai perniagaan yang mempunyai keuntungan yang terjamin. Hal ini telah menyebabkan banyak firma gergasi yang mencipta permainan atas talian ingin mendominasi pasaran tempatan serta pasaran asing. Industri permainan atas talian juga mula berkembang di negara kita dan permainan ini telah menjadi salah satu pilihan yang baru kepada pengguna zaman sekarang.

Mengikut kajian yang dijalankan, pasaran untuk permainan atas talian telah mencapai sebanyak US$2.9 bilion pada tahun 2005 iaitu telah meningkat secara mendadak dari US$670 juta pada tahun 2002. Pasaran yang begitu berpotensi untuk berkembang telah menjadi salah satu kepada korporat negara untuk ditebusi kerana tidak ingin didominasi oleh korporat asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan sebagainya. Pembukaan pasara baru ini akan menyumbang dan meningkatkan ekonomi negara. Industri atas talian telah berkembang dengan pesatnya setelah teknologi maklumat diperkenalkan dan industri ini telah menjadi salah satu penyumbang eknomi kepada negara.

Secara tradisional nya,, sebab utama untuk menggunakan teknologi maklumat adalah meningkatkan keberkesanan kerja yang dilakukan dan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Tetapi dengan kehadiran internet, kegunaan teknologi maklumat telah diperbanyakkan dan tidak hanya tumpu kepada penggunaan dalam menyelesaikan masalah kerja. Kegunaannya diperluaskan kepada bidag hiburan seperti permainan atas talian yaang dipaparkan dalam Yahoo! directory. Oleh itu, permainan atas talian telah banyak dimainkan oleh para pengguna skarang tidak kira pada usia muda atau tua

Disconnect - filem yang menyedarkan


Satu filem yang sangat menyentuh hati, terutamanya bagi generasi kita sekarang yang hampir tidak mampu hidup tanpa teknologi. Setiap apa yang kita lakukan setiap hari pasti ditemani gajet gajet ataupun segala bentuk teknologi yang hakikatnya mampu memudahkan tugasan harian kita tetapi dalam masa yang sama menghakis nilai kemanusiaan dalam diri pengguna.

Dalam filem hasil nukilan Henry-Alex Rubin ini, pelbagai isu negatif yang muncul dalam penggunaan teknologi dikupas bagi menyedarkan pengguna tahap keseriusan gejala ini. Kisah Ben Boyd, seorang remaja 15 tahun yang pasif disebabkan kurang didikan ayahnya yang sibuk dengan telefon setiap masa. Ben akhirnya menerima padah apabila berlaku konflik dalam penggunaan media sosianyasehinggakan dia memilih untuk membunuh diri. Begitu kronik isu ini tetapi kurang diberi perhatian.
Ben Boyd- salah satu watak dalam Disconnect

Selain daripada itu, turut diketengahkan isu internet dijadikan medium bagi pelacuran maya remaja, menawarkan bayaran lumayan kepada golongan muda yang mudah terpengaruh. Selain itu, internet juga boleh disalahguna sehingga identiti mangsa dicuri mereka yang tidak berhati perut, juga dalam penggunaan media sosial yang kian mendapat perhatian kita.

Oleh itu, filem seperti ini harus lebih banyak promosi dan disantapkan kepada masyarakat untuk diberi penekanan keatas masalah penyalahgunaan media sosial dan internet yang berleluasa. Kita seharusnya tidak ambil mudah perkara ini kerana jika berlaku sedemikian, impak negatif akan melanda masyarakat dan kemanusiaan akan semakin pudar. Fikirkan lah...


blog yang terbaik dari ladang VS blog yang telarang dari ladang

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, 27 April 2014

News blog : the guardian
Online-only news site : malaysiakini
Online counter part of print newspaper: star online

For us, what constitutes a good and bad practice in online news
- bias and prejudice
- truth, no twisting
- allowing comments
- language of course
- no misleading title

We still can find some online news site allowing people to comment on their work. In The Star Online, they used to give the freedom of expression, but now, its just your emotion is allowed to express your comment. You can only states whether you are angry, happy, just that.

Surprisingly, the Guardian will let you guys comment on their whatever news! Here is shown clearly the maturity level of British News compared to ours. Hope our news will be free as them in the future.
Last one will be MalaysiaKini. This one is super-censored. You have to sign up just to read their news. We don't know why but maybe they are trying to save it for those who cares. If they are open to the public, they would be vulnerable to the government and they might get shut down, we presumed.
We recommend you guys, read those you knows, not belong to any political organisations, or maybe owned by peoples with specific interests. But nowadays, you can run away with those thing, so, we have chose The Star Online because it is more light and the language is far more easier to understand.


Saturday, 26 April 2014

Blog Gay semakin berleluasa..AWAS!!!!!!

Dalam entri kali ini kami akan bincangkan mengenai media baru dan identiti. Sejak wujudnya media sosial, ramai daripada kita yang berlumba-lumba untuk mempunyai akaun sendiri dan terlibat dalam dunia maya. Persoalannya disini, adakah kita memilih untuk menjadi diri sendiri atau mereka-reka perwatakan untuk ditampilkan di alam maya demi kepuasan diri dan menarik perhatian?. Ada juga daripada kita yang memiliki lebih daripada satu akaun media sosial agar mereka boleh menjadi sesipa sahaja yang mereka mahu.

Yang lebih parah lagi, terdapat golongan yang memilih untuk menyukai kaum sejenis dan mereka juga mencipta blog di laman sosial bagi sentiasa berhubungan dan mereka ini adalah yang beridentiti LGBT.

Oleh itu, kami telah meneliti sebuah blog golongan gay yang bernama Life PLU. Boleh lihat di link ini http://lifeplu.wordpress.com. Tetapi kami tidak menggalakkan golongan kanak-kanak, ibu mengandung serta pesakit jantung serta darah tinggi untuk klik pada link tersebut kerana kandungan blog tersebut yang tidak bertapis.

Blog ini dimiliki oleh seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai gay dan tujuannya adalah untuk berkongsi cerita hidup beliau disamping mencari pasangan gay untuk aktiviti-aktiviti berkaitan.

Blog ini ditujukan untuk semua PLU (People Like Us) yang ada di seluruh Malaysia sebagai medium untuk mereka berkongsi cerita dan pasangan. Walaupun begitu, blog ini adalah terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja terutamanya lelaki.

Mungkin kerana blog ini tidak popular dikalangan orang normal, tidak terdapat komen-komen negatif yang ditujukan kepada blog ini. Komen-komen yang wujud hanyalah dikalangan spesies mereka sendiri yang memuji-muji tindakan berani si penulis blog.

Bagi pandangan kami sendiri sebagai Sekumpulan Bangau dan Seutas Jam, walaupun kami semua terdiri daripada kalangan lelaki, kami adalah normal dan merasakan blog ini sebagai gangguan mental dan ada diantara kami yang mula sangsi dengan identiti sendiri.

Adakah ini kebebasan yang kita mahukan? sama-sama lah fikirkan. Sekian.
(sekadar gambar hiasan)