Dalam entri kali ini kami akan bincangkan mengenai media baru dan identiti. Sejak wujudnya media sosial, ramai daripada kita yang berlumba-lumba untuk mempunyai akaun sendiri dan terlibat dalam dunia maya. Persoalannya disini, adakah kita memilih untuk menjadi diri sendiri atau mereka-reka perwatakan untuk ditampilkan di alam maya demi kepuasan diri dan menarik perhatian?. Ada juga daripada kita yang memiliki lebih daripada satu akaun media sosial agar mereka boleh menjadi sesipa sahaja yang mereka mahu.
Yang lebih parah lagi, terdapat golongan yang memilih untuk menyukai kaum sejenis dan mereka juga mencipta blog di laman sosial bagi sentiasa berhubungan dan mereka ini adalah yang beridentiti LGBT.
Oleh itu, kami telah meneliti sebuah blog golongan gay yang bernama Life PLU. Boleh lihat di link ini http://lifeplu.wordpress.com. Tetapi kami tidak menggalakkan golongan kanak-kanak, ibu mengandung serta pesakit jantung serta darah tinggi untuk klik pada link tersebut kerana kandungan blog tersebut yang tidak bertapis.
Blog ini dimiliki oleh seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai gay dan tujuannya adalah untuk berkongsi cerita hidup beliau disamping mencari pasangan gay untuk aktiviti-aktiviti berkaitan.
Blog ini ditujukan untuk semua PLU (People Like Us) yang ada di seluruh Malaysia sebagai medium untuk mereka berkongsi cerita dan pasangan. Walaupun begitu, blog ini adalah terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja terutamanya lelaki.
Mungkin kerana blog ini tidak popular dikalangan orang normal, tidak terdapat komen-komen negatif yang ditujukan kepada blog ini. Komen-komen yang wujud hanyalah dikalangan spesies mereka sendiri yang memuji-muji tindakan berani si penulis blog.
Bagi pandangan kami sendiri sebagai Sekumpulan Bangau dan Seutas Jam, walaupun kami semua terdiri daripada kalangan lelaki, kami adalah normal dan merasakan blog ini sebagai gangguan mental dan ada diantara kami yang mula sangsi dengan identiti sendiri.
Adakah ini kebebasan yang kita mahukan? sama-sama lah fikirkan. Sekian.
(sekadar gambar hiasan)
Gay adalah berbentuk sementara bagi mereka terutamanya remaja yang berada dalam fasa peralihan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu main peranan dalam mendidik anak anak.
ReplyDeletepada pendapat saya 'lembut' adalah genetik gay adalah pilihan.....mereka juga boleh berubah menjadi kembali normal...kepada yang hendak mencuba hentikanlah niat itu dan sesiapa yang dah 'terjatuh' bangun kembali meniti jalan yang lurus...
ReplyDeletefitrah manusia lelaki dijadikan untuk perempuan, perempuan dijadikan untuk lelaki. berubahlah lah wahai golongan gay dan kembalilah ke fitrah asal sepertimana dijadikan ALLAH SWT.
ReplyDeleteGolongan ini bukan sahaja menggunakan blog sebagai alat untuk mencari kenalan dan komuniti yang sama fahaman dengan mereka.Mereka juga turut menggunakan medium sosial yang lain seperti facebook, istagram ,twitter, we chat dan banyak lagi
ReplyDeletegolongan seperti amat aktif dimalaysia. bagi mereka golongan wanita itu kotor kerana wanita mengeluarkan darah haid pada setiap bulan. sejurus itu, mereka memilih golongn sejenis sebagai pasangan
ReplyDeletepenularan gejala ini sangat membimbangkan..mereka sudah menggunakan teknologi untuk menyebarkan fahaman mereka.selain mencari kenalan mereka juga mengunakan untuk mencari pasangan.
ReplyDeleteGay merupakan satu gejala yang semakin menular di negara ini. Gejala gay atau erti kata lain “homoseksual” merupakan salah satu masalah masyarakat yang membimbangkan negara. Golongan gay semakin hari semakin ramai jumlahnya disebabkan pengaruh dari pelbagai aspek iaitu rakan sebaya, dorongan individu, aktiviti seksual dan sebagainya.
ReplyDeletekenapa blh jd perkara sebegini? 1 perkara je kita perlu teguh iaitu keimanan kita.keimanan teguh maka perkara ini tidak akan terjadi. tepuk dada tanya selera, xkn laaa selera dengan jantan jgk....uiiittt mintak jauh dari bala..selamat beramal
ReplyDeletemereka mengatakan bahawa mereka bebas untuk melakukan amalan-amalan tersebut, termasuk hak bersosial. pada hemat saya, jika kita ambil struktur masyarakat Malaysia, semestinya kita akan menolak mereka kerana mereka telah melanggar norma masyarakat serta menyentuh sensitiviti umat Islam yang menentang perbuatan sonsang ini.
ReplyDelete